Pernah tak anda membuat keputusan ketika anda sedang marah? Adakah keputusan yang dibuat itu merupakan keputusan yang betul dan memberikan kepuasan pada diri anda?
Pernah pada suatu hari itu, seorang lelaki sedang menghadapi masalah dengan kekasihnya. Disebabkan tidak tahan dengan perangai dan sikap kekasihnya menyebabkan dia ingin membuat satu keputusan yang bagi saya tidak patut dia lakukan.
Pada ketika itu, beliau berada dalam keadaan tertekan dan marah dan memberitahu pada saya yang dia ingin memutuskan hubungan dengan kekasihnya.
Lantas segera saya menasihatinya supaya tenang dan jangan buat keputusan secara terburu-buru. Pada mulanya, beliau tidak mau mendengar nasihat saya. Mungkin beliau masih dalam keadaan marah ataupun beremosi.
Tetapi setelah dijelaskan dengan lebih lanjut mengenai akibat dari keputusan yang dia bakal buat menyebabkan dia menarik semula keputusan itu.
Dalam situasi ini, kita masih bernasib baik kerana saya sempat menghalangi beliau dari melafazkan kata untuk memutuskan hubungan dengan kekasihnya. Dan setelah beliau beristirahat sebentar dan berpikir sejenak, barulah dia sadar yang jauh di sudut hati, masih ada lagi sifat sayang dan cinta pada kekasihnya. Dan baru-baru ini beliau sedang gembira dan ceria disamping kekasihnya yang tersayang.
Apa yang saya coba sampaikan dalam artikel kali ini adalah, jangan biarkan diri kita membuat keputusan ketika kita sedang marah, emosi ataupun pikiran terganggu. Berikan diri kita waktu untuk menenangkan diri terlebih dahulu. Biarkan diri kita beristirahat sebelum kita membuat keputusan yang emosional.
Keputusan yang dibuat secara terburu-buru yang dicampur dengan kemarahan dan emosi, akan menghasilkan keputusan yang mengecewakan, sedih dan menyedihkan. Jadi, sebelum kita membuat keputusan, pastikan diri kita tenang supaya keputusan yang kita buat tidak akan mengecewakan kita di masa depan.
http://www.tentangcinta.com
0 comments:
Posting Komentar
Feel Free to Comment this post